Penandaan dalam abjad Rumi Kepanjangan_vokal

IPA

Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, tanda ː (bukan titik bertindih, sebenarnya dua segitiga bersemuka dalam bentuk jam pasir) digunakan untuk memanjangkan vokal dan konsonan, boleh digandakan untuk memanjangkan lagi bunyinya, atau sebutir segitiga atas sahaja (ˑ) digunakan untuk menandakan bunyi "separuh panjang". Tanda bref digunakan untuk menandakan vokal atau konsonan pendek.

Bahasa Estonia membezakan tiga kepanjangan vokal:

saada [saːta] "mendapat"saada [saˑta] "hantarkan!"sada [sata] "ratus"

Biarpun bukan fonemik, perbezaannya tetap kelihatan dalam sesetengah loghat Inggeris:

bead [biːd] "manik"beat [biˑt] "memukul"bid [bɪˑd] "membida"bit [bɪt] "menggigit" (kala lampau)

Diakritik